LENCANA

LENCANA

Monday, December 14, 2009

SMA PARIT SULONG SPBT

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Bersyukur kita kepada Allah Subhanahuwataala di atas limpah kurniaan nikmatnya, dapat kita terus hidup dalam dunia yang banyak cabaran dan dugaan. Insyaallah kita sama sama berdoa agar diberi kemudahan untuk terus maju dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Sesi persekolahan telah datang lagi. Marilah kita sama-sama menggunakan masa yang agak terluang ini untuk mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga dan rakan-rakan serta seluruh umat Islam.

Buku teks yang ada haruslah digunakan untuk panduan dalam pengajaran dan pembelajaran. Janganlah ia digunakan semasa hendak musim peperiksaan sahaja. Persediaan awal para pelajar haruslah dari mula persekolahan . Contohilah perkara baik seperti sikap rajin beribadat dan mengulangkaji pelajaran walaupun tidak di dalam jadual persekolahan. Buku teks itu juga haruslah dijaga dengan teliti dengan menyampulnya dengan baik seperti plastik jernih agar adik-adik kita dan generasi seterusnya akan turut dapat manfaat. Sikap tidak mengambil berat keadaan buku akan sebenarnya menjejaskan diri pelajar sendiri tanpa disedari.

Pendek kata, jadikanlah budaya ilmu itu budaya kita. Sekarang ini banyak sangat gejala yang merosakkan masa depan pelajar kerana tidak dapat fokus kepada pelajaran ekoran banyaknya siaran television, internet , handphone dan lainnya. Benda seperti itu sebenarnya ada manfaatnya tetapi kita haruslah tidak terlalu leka sampai mengabaikan masa depannya. Jadi Pelajar haruslah menetapkan hati dan iman supaya ingat harapan ibubapa, masyarakat dan negara serta agama kita supaya dapat mencapai cita-cita di dunia dan akhirat. Umat yang terbaik adalah umat Islam. Jadi seharusnya kita mengamalkan sikap yang betul barulah sama-sama dapat ber jaya insyallah.

Sekian , selamat bercuti dan jaga diri baik-baik

Wabillahitaufikwalhidayah wassalmualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

No comments:

Post a Comment